Kuih Cara Manis

i’m so in the mood to put up some nice recipes this month just because we are going to celebrate Hari Raya for the Muslim festival next Monday and i was so into making some cookie and baking some cakes.  today’s recipe is a traditional recipe that my mom used to make for us all for tea time.

i found this recipe from https://my.entertainment.yahoo.com/news/cara-mudah-buat-kuih-cara-manis-091528983.html.  

unfortunately it’s written in Bahasa Melayu.  when i have time i will try to do the translation for us all. 

Kuih Cara

Acuan kuih cara

Bahan-bahan :

2 Cawan Tepung Gandum
1/2 Cawan Air Daun Pandan – ( kisar 2 daun pandan bersama air)
1 Biji Telur
1 Cawan Santan Pekat
Secubit garam
Gula Untuk Bahagian Inti- (anggaran setengah sudu teh untuk setiap biji kuih)

Cara membuatnya :

1. Masukkan tepung, air daun pandan, santan, telur dan garam ke dalam sebuah bekas.

2. Kacau dan gaul rata semua bahan tersebut.

3. Untuk mengelakkan adunan daripada berketul dan lebih sebati, masukkan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.

4. Letakkan acuan kuih cara di atas api yang sederhana besar.  Sapukan dalaman acuan dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan kuih dari melekat didalam acuan.

5. Bila acuan telah agak panas, masukkan adunan tadi ke dalam setiap lubang acuan. Masak dengan api yang sederhana besar.

6. Tunggu sekitar 30-40 saat (sehingga nampak kuih sedikit keras dan terbentuk) kemudian masukkan 1/2 sudu teh gula di bahagian tengah kuih.

7. Bakar sehingga kuih tidak melekat dan boleh dikeluarkan dan diangkat daripada acuan.

8. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba !!!!

Advertisements

Nasi Goreng Kerabu Nenas – Chef Riz

Nasi digoreng bersama herba aromatik tempatan, Ulaman segar dan nanas

Hidangan 2 org

4 cawan nasi putih, disejukan

4 sudu masak minyak sawit

3 ulas bawang putih, dicincang

5 ulas bawang merah, dihiris

2 btg serai, dihiris halus

1 bunga kantan, dihiris halus

4 helai daun limau purut, dihiris halus

4 tangkai cili padi, dihiris halus

3 butir telur

120g isi dada ayam, dihiris

12 ekor udang sederhana, dikupas kulitnya

100g kobis, dihiris

100g kacang panjang

100g nanas, didadu

4 sudu masak sambal belacan (lebih jika suka lagi pedas)

1 sudu masak sos tiram

1 sudu masak nam pla (kicap ikan Thai)

Daun pisang & Sedikit ulam-Ulaman segar bersama sambal Belacan & Keropok ikan untuk menghidang.

  • Panaskan minyak di dalam kuali “non-stick”, tumiskan bawang merah dan putih bersama serai, bunga kantan, daun limau dan cili padi hingga kekuningan dan berbau harum, masukan pula isi ayam dan Udang ke dalam kuali, goreng seketika hingga ayam dan Udang masak dan bertukar warna. Kemudian masukan nenas. Masak seketika.
  • Masukan kobis, kacang panjang dan nasi ke dalam kuali, goreng-kacau nasi dengan api yang kuat sebentar sebelum nasi goreng diperasakan dengan sambal belacan, sos tiram, nam pla dan bubuhkan garam jika perlu. Selalunya saya tidak gunakan garam dlm Resipi ini kerana sambal belacan, sos tiram dan nam pla telah ada mengandungi garam.
  • Hidangkan nasi ‘Goreng’ Kerabu panas-panas ditabur dengan hirisan serai, bunga kantan dan daun limau purut bersama ulam-ulaman segar dan sambal belacan.